Ahad, 14 Jun 2009

Termos Dr Jabbar, Filter Air Alkali Dr Jabbar












Salam buat semua...

Bagi yang berminat mendapatkan produk yg tersebut di atas boleh hubungi saya di 013-3213983. Berikut di sertakan serba sedikit penerangan bagi produk-produk tersebut:

1. Termos Air Dr Jabbar

Termos ini bukan sahaja digunakan untuk mengekalkan kepanasan air di dalamnya. tetapi termos ini juga digunakan untuk menjadikan air yang telah bertapis atau air yang telah dimasak sebagai air 'bertenaga'. Kaedahnya anda hanya perlu memasukkan air tadi ke dalam Termos Dr Jabbar ke paras tertinggi catridge untuk tempoh 1-2 minit. Kemudian 'air hidup' yang telah dicajkan dialihkan ke bekas lain dan sedia diminum. Rasa air sedikit 'payau' dan PHnya menghampiri air zam-zam (bersifat alkali) boleh digunakan untuk tujuan berikut:

  • Diminum - sebagai minuman harian
  • Disapu - pada muka untuk mengekalkan kulit yang lembap & bersih, untuk kulit berjerawat & berjeragat, merawat kegatalan kulit, kudis, merawat luka dan menghentikan pendarahan.
Khasiat:
  • mampu meneutralkan paras asid di dalam badan
  • unsur alkali mampu meneutralkan kandungan asid, meningkatkan daya tahan penyakit, menormalkan kembali kondisi darah dan memberikan kesihatan terbaik kepada kesihatan tubuh kita

  • mengecilkan molekul air -dinamakan 'Air Hidup' dan 'Air Tenaga' dengan ini molekul air tersusun rapat dan menembusi sel-sel badan dengan mudah berperanan sebagai pembawa khasiat ke dalam tubuh kerana 80% kandungan darah adalah air.
Khasiat Air Aura(berdasarkan catatan dari Harian Metro Mei 2009)

PERNAHKAH anda mendengar, termos yang biasanya digunakan untuk menyimpan air, bukan saja boleh berfungsi mengekalkan kepanasan air bahkan turut ‘berupaya’ menghasilkan khasiat terhadap kandungan air dalam termos berkenaan.


Lebih daripada itu, ia mampu meningkatkan kandungan alkali dalam air berkenaan ke tahap optimum yang sesuai untuk kegunaan harian dan baik untuk kesihatan tubuh badan.
Ia kedengaran pelik, tetapi itu kelebihan jika menggunakan termos yang juga berfungsi sebagai produk kesihatan, Air Aura Dr Jabbar, keluaran Kumpulan Al Jabbar.
Menyentuh mengenai termos berkenaan, ia berfungsi umpama sebuah mesin air mikro elektrik serta dapat menghasilkan air minum berkhasiat dengan tahap optimum berpotensi negatif.


Ia mempunyai molekul halus, tinggi kandungan oksigen dan kandungan mineral yang sesuai untuk kehendak tubuh badan termasuk elemen mikro yang diperoleh dalam tempoh seminit.
Dengan tahap alkali yang optimum, ia menstabilkan persekitaran asid dalam badan manusia bagi meningkatkan daya tahan badan.

Selain itu, molekul air yang kecil dihasilkan Air Aura Dr Jabbar dapat meningkatkan kadar mikro peredaran badan dan metabolisma. Air yang bermolekul kecil itu dinamakan juga ‘air hidup’.

Malah, ia turut meningkatkan jumlah oksigen, membuang bahan yang tidak diperlukan, kandungan racun dan melambatkan proses penuaan. Kandungan oksigen yang tinggi meningkatkan kualiti tidur dan memberi kesihatan kepada otak.

Cara menggunakan termos Air Aura ini amat mudah. Jika menggunakan untuk kali pertama, pastikan anda mengisi termos dengan air panas untuk tempoh lima minit untuk mematikan bakteria.

Selepas membuang air panas tadi, isi termos Air Aura Dr Jabbar dengan air minuman. Kemudian, dalam tempoh beberapa minit, air akan ditenagakan dan siap untuk diminum.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Al Jabbar, Kamaruzaman Che Hussain, berkata air daripada termos Air Aura Dr Jabbar boleh digunakan untuk membasuh dan mencuci luka termasuk bahagian kulit yang terkena jangkitan kuman.

Beliau berkata, air yang digunakan pada peringkat ini berfungsi membantu melegakan kesakitan dan mempercepatkan proses penyembuhan luka.

“Antara kebaikan Air Aura Dr Jabbar ialah meningkatkan tenaga, menggalakkan penguraian sel-sel, pengedaran darah, imunisasi dan sistem endokrin.

“Ia juga memusnahkan bakteria, mengurangkan inflamasi dan radang kulit, melindungi DNA dari rosak, mengurangkan proses penuaan dan memberi fokus yang lebih baik,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan